Saturday, 16 March 2013

Takdir Cinta



Assalammualaikum...

Huhuhuhuhu...dah lama gak rasanya nyza tak update ape2 dalam blog ni, so here's the story...seperti tajuk kat atas, hari ni nyza nak merepek tentang cinta...bukan cinta siapa2 cuma cinta antara kami..Si pemilik hati dan nyza sendiri...Pejam celik dah lama kami bersama, 21 April ni genap 4 tahun kami bersama...So sempena memperingati hubungan kami ni, nyza menulis.

Dalam setiap hubungan mesti akan ada dugaan dan cabaran, dgn dugaan dan cabaran tu kita belajar untuk memperbaiki diri kita dan hubungan kita...Tipu lar kalau sepanjang 4 tahun perkenalan kita, tak pernah sekali pun hati ni goyah dengan hubungan kita, sebagai manusia nyza drawn to make mistakes, setiap dari kami masing2 ada silap masing2...Sebelum ni, nyza akui hubungan kami terasa hambar sangat2, terasa tiada yang istimewa...Walaupun hubungan tu baru mencecah 4 tahun tapi macam2 perasaan yang ada...Sampai ada satu tahap tu terasa macam tiada langsung rasa cinta di hati ni...Tapi entah kenapa, nyza sendiri belum boleh melepaskan hubungan tu...Dengan setiap kesilapan yang kami buat, satu demi satu perasaan dalam hati mulai hilang dan kurang, tapi belum ke tahap nak melepaskan hubungan tu....

Baru2 ni, si pemilik hati tertinggal telefon kat rumah, bermula dari tu hubungan kami betul2 berubah, hari tu nyza terbaca msg yang dihantar oleh someone ke phone si pemilik hati, hati nyza betul2 tersentuh baca msg tu, dihati masa tu bercampur segala rasa yang nyza sendiri tak tahu macam mana nak elaborate, rasa marah dan cemburu bercampur2....Walaupun msg tu cuma sekadar bertanya msg biasa untuk pemilik hati, tapi bagi nyza msg tu something yang bukan untuk diambil mudah...Nyza ni macam ade instinct just dengan baca msg, nyza tahu si pemilik hati nyza tu baik orgnya, semua orang dia layan sampai dia sendiri tak sedar orang yang dia duk layan tu ade feeling kat dia...Benda ni bukan tak pernah terjadi, sebelum ni benda yang sama pernah gak terjadi, tapi bila nyza baca jer msg dan nyza suruh si pemilik hati stop melayan org tu dia buat...Turn out to be org yang dia duk layan tu mmg ade hati kat dia, sampai satu tahap orang tu update stat kat fb kata si pemilik hati tu menggatal dengan dia, nyza tak marah time tu sebab nyza sendiri baca msg2 yang dia chat ngan org tu, memang xde pun msg yang jiwang2 tapi biasa lar kan...manusia ni cepat perasan...so dia pun assume yang si pemilik hati nyza tu syok kat dia...


Si pemilik hati cuba untuk terangkan pada nyza keadaan sebenar benda tu, tapi nyza rasa terlalu marah sampai nyza sendiri tak tahu macam mana nak react dengan keadaan tu....Keadaan kami jadi lebih teruk masa tu...Nyza akui sampai ke satu tahap nyza betul2 redha untuk lepaskan hubungan kami...Nyza berserah pada ALLAH, andai itular akhirnya nyza terima dengan hati terbuka kerana nyza pasti akan ada hikmah disebalik segala yang terjadi...

Nyza jadi hilang pertimbangan bila si pemilik hati, masih tetap lagi msg si dia tu walaupun dia dah janji dengan nyza yang dia tak kan msg lagi...Bila nyza dalam keadaan bertenang nyza cuba fikir balik semua yang nyza telah lalui bersama dengan si pemilik hati nyza, nyza cuba tanya hati nyza, "Tak kan tak ada sikit pun rasa sayang nyza pada si pemilik hati sampai nyza nekad untuk tak maafkan dia?" Akhirnya nyza amik keputusan untuk ubah diri nyza sendiri...Nyza tak salahkan si pemilik hati nyza sepenuhnya dalam keadaan ni, sebab nyza tahu nyza juga ada salahnya dalam keadaan ni, nyza amik ringan hubungan kami, nyza abaikan perkara2 yang nyza sepatutnya utamakan....Alhamdulillah atas nasihat dan sokongan dari kawan2, nyza cuba perbaiki diri nyza sendiri untuk perbaiki hubungan kami...

Nyza cuba belajar untuk bertolak ansur, nyza cuba belajar menghargai cinta yang ada, Alhamdulillah nyza sedar sebelum nyza hilang si pemilik hati yang betul2 sayangkan nyza dan menerima nyza seadanya...Nyza perbaiki hubungan kami, cuba pulihkan hubungan yang hambar, nyza ikut nasihat my fren untuk try to rekindle our relationship, and alhamdulillah sekarang ni semuanya dalam proses pemulihan, hubungan yang hambar menjadi lebih bernyawa sekarang, walaupun nyza masih lagi belum boleh meletakkn sepenuh kepercayaan nyza pada si pemilik hati, nyza sedang mencuba dan masih lagi mencuba untuk memberi kepercayaan nyza pada dia, nyza berharap satu hari nanti nyza akan mampu untuk memberi kepercayaan itu kepada dia semula...Yang ni atas nasihat my other friend, dia kata minta masa pada si pemilik hati untuk pulihkan kepercayaan nyza...Dia kata dalam masa yang sama si pemilik hati juga kena amik inisiatif untuk buat nyza percaya pada dia semula...

So ini lar kisah cinta kami, buat masa ni, kami masih lagi cuba untuk memperbaiki diri kami, diri nyza sendiri...nyza cuba untuk buat si pemilik hati bahagia sebagaimana nyza nak pemilik hati bahagiakan nyza, selama 3 tahun lebih nyza terleka, bahawa hubungan cinta ni perlukan kesabaran dan effort dari kedua2 belah pihak...Mungkin nyza terleka sebelum ni, tapi nyza cuba untuk ubah semuanya supaya hubungan kami tidak lagi hambar, tidak lagi hilang...

Akhir kata dari nyza, terima kasih kepada kawan2 yang banyak bagi nyza support and nasihat, terima kasih kepada si pemilik hati kerana masih lagi memberi nyza peluang untuk perbetulkan hubungan kami dan kerana masih tetap menyintai dan menyanyangi nyza walaupun banyak nyza abaikan tanggungjawab nyza,nyza bukan nabi yang bisa sempurna namun ini lar takdir cinta kami, ini lar yang tertulis, semoga segalanya akan lebih baik nanti. Specially untuk si pemilik hati yang tersayang, B I LOVE YOU....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...